Arahan Am: Tiap-tiap
soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan
tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan
jawapan yang baru.
Soalan 1 – 19
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah
dengan jawapan yang paling sesuai.
1 “Eh, Kamalia dan Junita
rupa-rupanya! Bila __________ balik?” tanya Puan Mariah.
A kita
B awak
C kalian
D kamu
2 Titah sultan kepada pembesar negeri, __________ mahu rakyat negara ini hidup
dalam keadaan aman damai”.
A Tuanku
B Beta
C Patik
D Baginda
Soalan 3 berdasarkan gambar
di bawah.
3 Kakak _____________ baju sekolah yang dibasuhnya sebelum menjemur
di ampaian.
A merendam
B membilas
C mencelup
D memerah
4 Ayah dan ibu __________ membawa kami bercuti ke Pulau Redang pada
cuti sekolah nanti.
A berhasrat
B bertujuan
C berkehendak
D berkemampuan
5 Jamri segera meminta pertolongan apabila ternampak kawannya yang
___________ hampir lemas dibawa arus sungai.
A terlambai-lambai
B terapung-apung
C terkinja-kinja
D terkapai-kapai
Soalan 6
berdasarkan gambar di bawah.
6 Liana sungguh terkejut menerima keputusan peperiksaannya. _____________ , dia sedaya upaya bertenang
dan berjanji akan tekun belajar.
A Lebih-lebih lagi
B Di samping itu
C Namun
demikian
D Tambahan pula
7 Nenek itu mencari ___________ daripada akar dan
pucuk kayu di pinggir hutan untuk mengubatkan penyakit cucunya.
A pemanis
B penawar
C pengawet
D pelali
8 Sekawan burung pipit itu terbang ____________ hinggap di julai
pokok mengkudu.
A sambil
B kerana
C apabila
D lalu
Soalan 9 berdasarkan gambar
9 Pada masa lapang, Ziana membantu ibunya ____________ pakaian
adik-adiknya.
A
menggosok
B membungkus
C menyusun
D melipat
10 Puan Halina memetik beberapa __________ bunga mawar di taman
bunga.
A tangkai
B jambak
C tandan
D sisir
11 Pengurus dan kakitangan di syarikat itu
sentiasa bekerja ____________ kerana
banyak tugasan yang perlu disiapkan.
A larut malam
B masa lapang
C kurang masa
D lebih masa
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.
12 Encik Tajuddin bangkit ____________ tidur sambil
menggeliatkan badannya.
A daripada
B kepada
C dari
D pada
13 Kursus cara - cara pemberitaan akhbar dapat melahirkan
__________ yang berjaya.
A usahawan
B sukarelawan
C karyawan
D wartawan
Soalan 14
berdasarkan gambar di bawah.
14 Budak-budak itu sangat gembira _____________ layang-layang mereka
di padang.
A menaiki
B menaikkan
C kenaikan
D naikkan
15 ”Maafkan saya, suara saya __________ kerana banyak mengadakan
persembahan”, kata penyanyi itu kepada pemberita.
A nyaring
B merdu
C parau
D lantang
Soalan 16 berdasarkan gambar
di bawah.
16 Puan Kamariah _______________ anak perempuan kesayangannya.
A melambung
B menggalas
C menimang
D mengelek
17 Hujan lebat tidak
berhenti-henti menyebabkan ____________ kampung di tepi sungai itu ditenggelami
air.
A segala
B seluruh
C setiap
D sekalian
18 Zailan dan adiknya _____________ untuk mengetahui
perbincangan antara ayah dengan ibu mereka
tentang rancangan percutian ke Pulau Perhentian.
A mengambil berat
B memasang telinga
C memerah keringat
D mengambil angin
Soalan 19 berdasarkan gambar
di bawah.
19 ”Kalian perlu banyak membaca buku untuk menambahkan pengetahuan.
Janganlah nanti dikata orang
_______________,” nasihat Encik Burhan kepada anak-anaknya.
A seperti katak di bawah tempurung
B seperti rusa masuk kampung
C seperti kera mendapat bunga
D seperti murai tercabut ekor
20 Hilmi dan Salmi sangat gembira kerana pertama kali dapat
mandi di sumur dekat kampung nenek mereka.
Perkataan seerti bagi sumur ialah
A perigi
B sungai
C tali air
D kolam
21 Orang zaman dahulu menggunakan buluh runcing untuk
berburu binatang.
Perkataan berlawan
bagi runcing ialah
A tajam
B sumbing
C tumpul
D sompek
Soalan 22 – 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
22 I Dahi Encik Rosman berkedut setelah
mendengar penjelasan daripada polis.
II Rambut gadis yang cantik itu berkedut
apabila ditiup angin.
III Pakaian
kakak berkedut kerana belum bergosok.
IV Adik
berkedut kerana banyak minum susu.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II,
III dan IV sahaja
23 I Najwa
bersiar-siar di tepi pantai sambil bermain-main di gigi air.
II Gigi
tangga kayu rumah itu telah reput dimakan anai-anai.
III Pak
Junid mengasah gigi gergaji menggunakan kikir.
IV Datuk
dan nenek telah memakai gigi palsu.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I,
III dan IV sahaja
D II,
III dan IV sahaja
24 Pilih
jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah awak berjalan berjengket-jengket?
A Saya tidak nampak paku berkarat di tepi
jalan.
B Saya terpijak kaca di belakang rumah.
C Saya berjoging dengan kawan setiap
pagi.
D Saya tidak mengubati kedua-dua belah
kaki.
25 Pilih
ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Penduduk kampung itu sedang membersih kawasan taman permainan.
A Bagaimanakah penduduk
kampung itu membersih kawasan tersebut?
B Siapakah
yang berada di kawasan taman permainan itu?
C Di manakah penduduk kampung itu
membersih?
D Apakah yang dibuat oleh penduduk
kampung itu?
Soalan 26 – 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan
ayat yang diberikan.
26 Guru besar melarang murid-muridnya
membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah .
A ”Kita tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman
di luar kawasan
sekolah,” kata guru besar kepada
murid-muridnya.
B ”Kamu tidak dibenarkan membeli
makanan dan minuman di luar kawasan
sekolah,” kata guru besar kepada
murid-muridnya.
C ”Jangan membeli makanan dan minuman
di luar kawasan sekolah,” kata
murid-murid kepada guru besar.
D “Semua
guru dan murid tidak dilarang membeli makanan dan minuman di
luar kawasan sekolah,” kata guru besar.
27 ”Kamu mestilah pergi dengan segera
membantu ayah di kebun,” kata Mak Limah kepada Sazali.
A Mak Limah mengarahkan anaknya
supaya pergi dengan segera menolong
ayahnya
di kebun.
B Mak Limah segera menyuruh Sazali
pergi membantu ayahnya di kebun.
C Mak Limah segera membantu ayah Sazali di kebun.
D Mak Limah meminta ayah Sazali
pergi segera membantunya di kebun.
Soalan 29 – 30
Pilih ayat
yang betul.
28 A Beberapa orang pramugari sedang
memperagakan pakaian rekaan terbaru.
B Hadiah utama pertandingan memancing itu adalah sebuah
motosikal.
C Makanan makan tengah hari sudah disaji
bila kami tiba di kem motivasi itu.
D Liza
dan Aina saling mengutus surat sejak mereka berpindah sekolah.
29 I Masih
banyak orang yang belum mengetahui
khasiat buah naga.
II Rumah
orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik.
III Para
pendaki itu menuruni bukit yang curam dengan berhati-hati.
IV Sukan di antara sekolah-sekolah akan
diadakan pada minggu depan.
A I
dan III sahaja
B II
dan IV sahaja
C III
dan IV sahaja
D II
dan III sahaja
30 I Encik
Hilmi akan uji pandu kereta yang hendak dibelinya.
II Adik
suka makan agar-agar berperisa jagung.
III ”Sila
jemput masuk ke dalam dewan,” kata juruacara itu.
IV Siapa-siapa
pun tidak dibenarkan menghampiri bangunan itu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II
dan IV sahaja
D III dan IV sahaja