Thursday, 26 July 2012

Latihan Tatabahasa


Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Soalan 1 – 19

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1    “Eh, Kamalia dan Junita rupa-rupanya! Bila __________ balik?” tanya Puan Mariah.

      A   kita
      B   awak
      C   kalian
      D   kamu

2    Titah sultan kepada pembesar negeri,   __________ mahu rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman damai”.

      A   Tuanku
      B   Beta
      C   Patik
      D   Baginda

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.




 
 











3    Kakak _____________ baju sekolah yang dibasuhnya sebelum menjemur di ampaian.

      A   merendam
      B   membilas
      C   mencelup
      D   memerah
4    Ayah dan ibu __________ membawa kami bercuti ke Pulau Redang pada cuti sekolah nanti.

      A   berhasrat
      B   bertujuan
      C   berkehendak
      D   berkemampuan

5    Jamri segera meminta pertolongan apabila ternampak kawannya yang ___________ hampir lemas dibawa arus sungai.

      A   terlambai-lambai
      B   terapung-apung
      C   terkinja-kinja
      D   terkapai-kapai

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.




 
 









6    Liana sungguh terkejut menerima keputusan peperiksaannya. _____________ , dia sedaya upaya bertenang dan berjanji akan tekun belajar.

      A   Lebih-lebih lagi
      B   Di samping itu
      C   Namun demikian
      D   Tambahan pula


7    Nenek itu mencari ___________ daripada akar dan pucuk kayu di pinggir hutan untuk mengubatkan penyakit cucunya.

      A   pemanis
      B   penawar
      C   pengawet
      D   pelali

8    Sekawan burung pipit itu terbang ____________ hinggap di julai pokok mengkudu.

      A   sambil
      B   kerana
      C   apabila
      D   lalu

Soalan 9 berdasarkan gambar




 
 












9    Pada masa lapang, Ziana membantu ibunya ____________ pakaian adik-adiknya.

      A   menggosok
      B   membungkus
      C   menyusun
      D   melipat


10     Puan Halina memetik beberapa __________ bunga mawar di taman bunga.

         A      tangkai
         B      jambak
         C      tandan
         D      sisir

11     Pengurus dan kakitangan di syarikat itu sentiasa bekerja ____________ kerana
         banyak tugasan yang perlu disiapkan.

         A      larut malam
         B      masa lapang
         C      kurang masa
         D      lebih masa

Soalan 12  berdasarkan gambar di bawah.



 
 







                               

12        Encik Tajuddin bangkit ____________ tidur sambil menggeliatkan badannya.

            A         daripada
            B         kepada
            C         dari
            D         pada
     

13        Kursus cara - cara pemberitaan akhbar dapat melahirkan __________ yang berjaya.

            A         usahawan
            B         sukarelawan
            C         karyawan
            D         wartawan

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.



 
 








14        Budak-budak itu sangat gembira _____________ layang-layang mereka di padang.

            A         menaiki
            B         menaikkan
            C         kenaikan
            D         naikkan

15        ”Maafkan saya, suara saya __________ kerana banyak mengadakan persembahan”, kata penyanyi itu kepada pemberita. 

            A         nyaring
            B         merdu
            C         parau
            D         lantang


Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.




 
 











16        Puan Kamariah _______________ anak perempuan kesayangannya.

            A         melambung
            B         menggalas
            C         menimang
            D         mengelek

17        Hujan lebat tidak berhenti-henti menyebabkan ____________ kampung di tepi sungai itu ditenggelami air.

            A         segala
            B         seluruh
            C         setiap
            D         sekalian

18        Zailan dan adiknya _____________ untuk mengetahui perbincangan antara ayah dengan ibu mereka  tentang rancangan percutian ke Pulau Perhentian.  

            A         mengambil berat
            B         memasang telinga
            C         memerah keringat
            D         mengambil angin


Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.





 
 
           










19        ”Kalian perlu banyak membaca buku untuk menambahkan pengetahuan. Janganlah nanti dikata orang _______________,” nasihat Encik Burhan kepada anak-anaknya.

            A         seperti katak di bawah tempurung
            B         seperti rusa masuk kampung
            C         seperti kera mendapat bunga
            D         seperti murai tercabut ekor     

20        Hilmi dan Salmi sangat gembira kerana pertama kali dapat mandi di sumur dekat kampung nenek mereka.           

            Perkataan seerti bagi sumur ialah    
            A         perigi
            B         sungai
            C         tali air
            D         kolam

21        Orang zaman dahulu menggunakan buluh runcing untuk berburu binatang.

            Perkataan berlawan bagi runcing ialah

            A         tajam
            B         sumbing
            C         tumpul
            D         sompek

Soalan 22 – 23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22        I           Dahi Encik Rosman berkedut setelah mendengar penjelasan daripada polis.
            II         Rambut gadis yang cantik itu berkedut apabila ditiup angin.
            III        Pakaian kakak berkedut kerana belum bergosok.
            IV        Adik berkedut kerana banyak minum susu.

            A         I dan III sahaja
            B         II dan IV sahaja
            C         I, III dan IV sahaja
            D         II, III dan IV sahaja

23        I           Najwa bersiar-siar di tepi pantai sambil bermain-main di gigi air.
            II         Gigi tangga kayu rumah itu telah reput dimakan anai-anai.
            III        Pak Junid mengasah gigi gergaji menggunakan kikir.
            IV        Datuk dan nenek telah memakai gigi palsu.

            A         I dan III sahaja
            B         II dan IV sahaja
            C         I, III dan IV sahaja
            D         II, III dan IV sahaja

24        Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

            Mengapakah awak berjalan berjengket-jengket?
           
            A         Saya tidak nampak paku berkarat di tepi jalan.
            B         Saya terpijak kaca di belakang rumah.
            C         Saya berjoging dengan kawan setiap pagi.
            D         Saya tidak mengubati kedua-dua belah kaki.


25        Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

             Penduduk kampung itu  sedang membersih kawasan taman permainan.

            A         Bagaimanakah penduduk kampung itu membersih kawasan tersebut?
            B         Siapakah yang berada di kawasan taman permainan itu?
            C         Di manakah penduduk kampung itu membersih?
            D         Apakah yang dibuat oleh penduduk kampung itu?

Soalan 26 – 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26        Guru besar melarang murid-muridnya membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah .

            A         ”Kita tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan
                        sekolah,” kata guru besar kepada murid-muridnya.
            B         ”Kamu tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan
                        sekolah,” kata guru besar kepada murid-muridnya.
            C         ”Jangan membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah,” kata
                        murid-murid kepada guru besar.
            D         “Semua guru dan murid tidak dilarang membeli makanan dan minuman di
                        luar kawasan sekolah,” kata guru besar.


27        ”Kamu mestilah pergi dengan segera membantu ayah di kebun,” kata Mak Limah kepada Sazali.

            A         Mak Limah mengarahkan anaknya supaya pergi dengan segera menolong
                        ayahnya di kebun.  
            B         Mak Limah segera menyuruh Sazali pergi membantu ayahnya di kebun.
            C         Mak Limah segera  membantu ayah Sazali di kebun.
            D         Mak Limah meminta ayah Sazali pergi segera membantunya di kebun.

Soalan 29 – 30
Pilih ayat yang betul.

28        A         Beberapa orang pramugari sedang memperagakan pakaian rekaan terbaru.
            B         Hadiah utama pertandingan memancing itu adalah sebuah motosikal.
            C         Makanan makan tengah hari sudah disaji bila kami tiba di kem motivasi itu.
            D         Liza dan Aina saling mengutus surat sejak mereka berpindah sekolah.

29        I           Masih banyak orang yang belum mengetahui  khasiat buah naga.
            II         Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik.
            III        Para pendaki itu menuruni bukit yang curam dengan berhati-hati.               
            IV        Sukan di antara sekolah-sekolah akan diadakan pada minggu depan.

            A         I dan III sahaja
            B         II dan IV sahaja
            C         III dan IV sahaja
            D         II dan III sahaja

30        I           Encik Hilmi akan uji pandu kereta yang hendak dibelinya.
            II         Adik suka makan agar-agar berperisa jagung.
            III        ”Sila jemput masuk ke dalam dewan,” kata juruacara itu.
            IV        Siapa-siapa pun tidak dibenarkan menghampiri bangunan itu. 

            A         I dan II sahaja
            B         II dan III sahaja
            C         II dan IV sahaja
            D         III dan IV sahaja





No comments:

Post a Comment