Thursday, 26 July 2012

Latihan kefahaman 2


Baca petikan cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Keheningan malam itu mengingatkan aku kisah suka duka ketika masih di bangku sekolah rendah. Aku rindu akan kedamaian dan kemesraan rakan-rakan semasa di kampung halaman. Ke mana sahaja pergi, aku mesti bersama dengan Haris, Fitri dan Alia. Bercerita satu peristiwa yang tak mungkin aku lupakan adalah ketika kami sama-sama mandi di sungai yang begitu jernih dan dingin airnya. Apa yang menjadi kenangan kami ketika itu  dimarahi oleh ibu kerana terlalu lama berada  di sungai itu.
Aku yang memulakan ajakan kepada rakan-rakan yang lain.

“ Haris, apa kata kita mandi di sungai petang ni,”ajakku.
“Bagus juga kalau hari panas begini, kita berenang di sungai,”balas Haris.

“ Takkan kita berdua sahaja, bagaimana kita ajak Fitri dan Alia ,” kata Haris lagi.
“ Itu rasanya idea yang lebih bagus,” balasku.

“ Baiklah,  petang ni sebelum ke sungai, kita ke rumah mereka berdua,”kataku lagi.

            Tiba masa yang dijanjikan , aku dan Haris ke rumah Fitri serta Alia untuk mengajak mereka bersama-sama  ke sungai. Apabila tiba di sungai, Alia hanya menjadi pemerhati di tebing sungai sementara kami bertiga begitu asyik bermandi-manda sehingga hari menjelang senja. Apabila mendengar pekikan suara ibu, barulah kami bertiga bergegas pulang.

            Di sekolah pula, kami berempat belajar di kelas yang sama. Biasanya apabila berada di sekolah, kami merupakan pelajar-pelajar yang disayangi oleh guru kerana kami merupakan pelajar yang berdisiplin yang agak pandai dalam pelajaran. Selepas waktu persekolahan, kami berempat juga sering mengulang kaji pelajaran di rumah salah seorang daripada kami.

            Kini aku sudahpun berada di menara gading untuk meneruskan pengajianku. Aku masih teringat akan rakan-rakanku yang lain kerana kami jarang dapat berjumpa. Alia dan Haris belajar di universiti yang sama di selatan tanah air, manakala Fitri di utara tanah air dan aku sendiri di ibu kota yang besar dan pesat membangun ini. Jika ada kesempatan, aku tidak akan lupa untuk menghubungi mereka sekiranya kami sama-sama  pulang bercuti di kampung halaman.

 
1.      Ap  1.      Apakah yang dimenungkan oleh penulis pada malam itu ?

A         Teringat akan ibunya di kampung
B         Merindui kemesraan rakan-rakan di bangku sekolah
C         Pertemuan dengan rakan-rakan lama
D         Rindu akan adik-adiknya di kampung

               2.       Siapakah Haris, Fitri  dan Alia yang selalu diingati oleh penulis?

            A         Adik beradik penulis
            B         Rakan belajar penulis di universiti
            C         Teman serumah penulis
            D         Sahabat baik penulis

               3.       Mengapakah penulis jarang berjumpa dengan rakan-rakannya ?

            A         Mereka sudah membawa haluan masing-masing.
            B         Mereka tidak lagi bersahabat baik
            C         Masing-masing menuntut di universiti yang berlainan.
            D         Cuti semester mereka yang berlainan masa.

               4.        Ibu kota yang dimaksudkan dalam petikan di atas ialah

      A         Bandaraya Kuala Lumpur
      B         Bandaraya Melaka
      C         Universiti Kuala Lumpur
      D         Negara Malaysia

                5.       Sifat-sifat berikut dimiliki oleh penulis dan rakan-rakannya kecuali
     
      A         rajin
      B         berdisiplin
      C         bertanggungjawab
      D         pentingkan diri           

No comments:

Post a Comment