Monday 16 July 2012

Karangan Autobiografi ( Aku Sebuah Kereta)

    Namaku Kancil. Nama ini sangat sesuai dengan tubuhku yang agak kecil. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam, Selangor. Badanku dicat dengan warna hijau. Setelah siap kerja-kerja pemasangan, aku telah dihantar ke selatan tanah air, iaitu Negeri Johor Darul Takzim.

    Aku ditempatkan di sebuah kedai pameran kereta. Di situ banyak terdapat rakanku yang lain seperti Wira, Satria. Perdana,dan Kenari. Aku berasa seronok kerana setiap hari ada saja pengunjung yang datang untuk melihatku.

    Pada suatu hari, seorang wanita berkunjung ke kedai itu. Wanita itu tertarik oleh kecantikanku. Setelah selesai urusan tawar-menawar, aku menjadi milik wanita itu. Semenjak hari itu aku berkhidmat dengn tuan baruku.

    Pada suatu petang, tuanku datang dengan tergesa-gesa. Dia memanduku dengan laju kerana telah terlambat untuk menghadiri mesyuarat. Pada waktu itu hujan turun dengan lebat dan jalan raya pula licin.

    Tiba-tiba, tuanku tidak dapat mengawalku dengan baik. Dia terlanggar sebatang pokok di tepi jalan. Tuanku mengalami sedikit kecederaan dan dia segera dikejarkan ke hospital. kecederaanku agak parah juga. Bahagian hadapanku kemek dan cerminku pecah.

     Aku telah dihantar ke sebuah bengkel membaiki kereta untuk dibaiki. Setelah seminggu berada di situ, keadaanku pulih seperti sediakala. Selepas kejadian itu, tuanku memanduku dengan lebih berhati-hati. Aku dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Hidupku bahagia disamping tuanku yang tersayang.

  

2 comments: