Saturday, 21 July 2012

Aku Sebatang Pokok Kelapa

     Tubuhku melambai-lambai bila ditiup angin. Liuk-lintukku seolah-olah menggamit seseorang. Keadaan ini menyebabkan ramai pengusaha chalet dan hotel menanamku. Aku mudah hidup. Campaklah benihku kemana jua, aku tetap akan tumbuh, itulah aku sebatang pokok kelapa.
      Batangku tinggi melangsing. Akar rerambut kuat mencengkam. Aku banyak ditanam di kampung-kampung. Mereka menanamku atas dasar kegunaanku. Aku juga digelar pokok seribu guna.
      Batangku jika dipotong-potong boleh dijadikan tungku untuk memasak. Batangku juga boleh dijadikan titi untuk menyambung dua daratan. Di kawasan pendalaman, batangku amat diperlukan kerana untuk menantikan sebuah jambatan agak sukar.
      Buahku ketika muda sangat enak dimakan isinya. Airnya juga sangat manis. Buahku yang tua pula isinya boleh dibuat santan dan minyak masak. Sabutku jika diproses boleh dijadikan berus, pengesat kaki dan sebagainya.
      Selain itu daunku juga banyak gunanya kepada manusia.Daunku boleh dijadikan daun ketupat. Ketika musim hari raya, permintaan daunku sangat tinggi. Lidiku pula boleh dibuat penyapu lidi. Penyapu lidi boleh digunakan untuk menyapu sampah, habuk dan sawang. Walaupun kini kehadiran lidiku tidak diperlukan, namun ada juga yang masih sudi menggunakan diriku.
      Masa silih berganti. Tubuhku yang muda kini melewati usia. Aku sudah trelalu tinggi. Kehadiranku kini dianggap menyusahkan orang lain. Tuanku mengambil keputusan untuk menebangku. Aku terima kenyataan itu kerana aku sedar kehadiranku di dunia ini adalah untuk berbakti kepada manusia. Beginilah nasibku sebatang poko kelapa.

Monday, 16 July 2012

Kata Hubung

1. Kata hubung ialah kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat
        dengan ayat.

2. Terdapat tiga jenis kata hubung:
     i) Kata Hubung Gabungan - dan, atau, serta, kecuali, maka, tetapi, lalu, sambil
    ii) Kata Hubung Pancangan - apabila, jika, sekiranya, bahawa, hingga, supaya, agar, manakala, 
         sebelum, setelah, sejak, kerana
   iii) Kata Hubung Pasangan - baik...mahupun, baik...ataupun, sungguhpun...namun, entah....entah,
         daripada...lebih baik, sedangkan....tambahan

Kesilapam Biasa dalam Tatabahasa

murid harus tahu membezakan suatu kata hubung dengan kata keterangan tanya. Contoh :
  • Saya akan makan bila (kata tanya) saya lapar. (x)
  • Saya akan makan apabila saya lapar. (/)        

Soalan Latih Tubi

  1. Razak menutup pintu itu __________________ menguncinya.
  2. Amir akan ke rumah kamu ________________ dia ada masa terluang.
  3. Ibu berharap ___________________ saya akan berjaya pada suatu hari nanti.
  4. Mona turun dari kereta api transit ringan ________________ bergegas ke pondok telefon.
  5. Maisara sangat gembira _________________ menerima hadiah daripada ibunya.
  6. Saya singgah di restoran itu untuk makan tengah hari _______________ terlalu lapar.
  7. Jamilah memandang kanak-kanak itu _____________________ tersenyum.
  8. Para penumpang pengangkutan awam dinasihati ________________________ berhati-hati terhadap penyeluk saku.
  9. Setiap hari Puan Melissa berdoa _______________ anaknya sentiasa dalam keadaan selamat.
  10. Hasil kraftangan penduduk kampung itu ______________murah_____________ tinggi nilai seninya.

Karangan Autobiografi ( Aku Sebuah Kereta)

    Namaku Kancil. Nama ini sangat sesuai dengan tubuhku yang agak kecil. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam, Selangor. Badanku dicat dengan warna hijau. Setelah siap kerja-kerja pemasangan, aku telah dihantar ke selatan tanah air, iaitu Negeri Johor Darul Takzim.

    Aku ditempatkan di sebuah kedai pameran kereta. Di situ banyak terdapat rakanku yang lain seperti Wira, Satria. Perdana,dan Kenari. Aku berasa seronok kerana setiap hari ada saja pengunjung yang datang untuk melihatku.

    Pada suatu hari, seorang wanita berkunjung ke kedai itu. Wanita itu tertarik oleh kecantikanku. Setelah selesai urusan tawar-menawar, aku menjadi milik wanita itu. Semenjak hari itu aku berkhidmat dengn tuan baruku.

    Pada suatu petang, tuanku datang dengan tergesa-gesa. Dia memanduku dengan laju kerana telah terlambat untuk menghadiri mesyuarat. Pada waktu itu hujan turun dengan lebat dan jalan raya pula licin.

    Tiba-tiba, tuanku tidak dapat mengawalku dengan baik. Dia terlanggar sebatang pokok di tepi jalan. Tuanku mengalami sedikit kecederaan dan dia segera dikejarkan ke hospital. kecederaanku agak parah juga. Bahagian hadapanku kemek dan cerminku pecah.

     Aku telah dihantar ke sebuah bengkel membaiki kereta untuk dibaiki. Setelah seminggu berada di situ, keadaanku pulih seperti sediakala. Selepas kejadian itu, tuanku memanduku dengan lebih berhati-hati. Aku dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Hidupku bahagia disamping tuanku yang tersayang.

  

Tuesday, 3 July 2012

Pepatah Melayu

1. Adat lama pusaka usang.
    Maksudnya : Adat yang masih kekal digunakan sejak dari dahulukala.

2. Agak lebih dari agih.
    Maksudnya : banyak cakap kerja lebih.

3. Air besar sampan tak hanyut.
    Maksudnya : Niat atau hajat yang tidak kesampaian.

4. Air dicincang tidak akan putus.
    Maksudnya : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan, akhirnya akan berbaik
    semula.

5. Bagai berumah di tepi tebing.
    Maksudnya : sentiasa gelisah.

6. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
    Diam orang yang berrilmu banyak pengetahuan manakala diam orang yang bodoh adalah
    sia-sahaja.

7. Enggang lalu ranting patah.
    Maksudnya seseorankg yang mendapat susah kerana secara kebetulan.

8. Ditelan mati emak ,diluah mati bapa
    Maksudnya : Orang yang berada dalam keadaan serba salah.

9. Gali lubang, tutup lubang.
    Maksudnya: Meminjam wang untuk membayar hutang.

10. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
      Maksudnya: Pembahagian sesuatu yang dilakukan secara adil dan saksama.


Saturday, 30 June 2012

Bahasa Jiwa Bangsa



Kita  selalu mendengar dan melihat kata-kata hikmat tersebut. Bahasa mencerminkan  bangsa yang wujud di dunia ini. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita perlu menjunjung Bahasa Melayu agar bahasa ini sentiasa hidup dan dihormati oleh orang lain.

Yang merah itu saga,
Yang kurik itu kundi,
Yang indah itu bahasa,
Yang elok itu budi.

Semoga berjumpa lagi...